Renungan bersama..

"ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan ia mengubahnya sendiri"

Khamis, 9 September 2010

Wakaf Che Yeh



Dalam masa 4 hari kat kg, dah dua kali aku ke Wakaf Che Yeh... 1st time pegi tuk cari baju raya..tp aku tak de yang berkenan kat hati....cuma belikn baju raya tuk mak dan ayah je... nampak gayanya thn ni x de baju raya la ek,... x kesah sgt pun. Tak lah excited sangat ngan baju raya..

Kali kedua pegi dgn kakak sbb dia nk pegi cari tudung raya... satu je aku pk bila nk ke sana, parking susah!!!... orang punya lah ramai... hish!!! pening. Tempat yang crowded mmg bkn utk aku le...sakit kepala..

Kat atas tu antara gambar yang sempat diambik masa 1st time pegi...kali kedua x bawak kamera...dah lama x makan sotong bakar, teringin!! Mula2 sampai ini yang aku beli dulu... sedap...makan panas, fuh!!.. Lepas tu pekena plak air asam boi, lg lah terangkat! Hehehe...

Selasa, 7 September 2010

Satu lg pencapaian..

Rest Time

Ini adalah percubaan kali ke-49... sejujurnya mmg aku hampir give up.. penat, hampa sbb asyik tak dpt je tiap kali shoot... tambah pulak keadaan waktu tu berangin..lg lah menguji tahap kesabaran.. nak2 pulak time pose...dahaga tok sah ckp le... Tapi bl tengok hasilnya....gembira, puas hati.. alhamdulillah..syukur sesangat, akhirnya dapat jugak.. Aku kira ini satu permulaan yang baik untuk "shooting macro". Mmg nampak simple je kn?? Alah apalah sgt, cuma sekor labah2 je.... 'Tembak je lah' Mmg aku akui shot spider antara yang mudah dan simple..sbb spider tak mcm lalat, pepatung atau pun rama2 yang akan terbang kesana sini... spider selagi x kacau sarang dia, mmg dia tak lari punya.. all d time lah dia posing tuk kita tangkap gambar dia. Hehehe.... :D

Untuk dptkan gambar seperti di atas apa yang aku gunakan ialah tripod (satu kemestian) dan latar yang gelap..untuk pengetahuan...latar kat belakang tu adalah 'baju melayu' bapa aku punya.. hahaha...aku pinjam jap tuk bantu aku bt eksperiment. Baju ni adalah satu2nya barang yang aku nampak.. ISO 100, S 25 f--. kenapa f-- sbb lens yang aku guna x tunjukkan sebarang bacaan. Sbb tu lah aku gunakan 'baju melayu' tuk jdkn ia sebagai "Out of focus" (kredit to En. Sharkawi Che Din)... En. Shark yang bagitau pasal "out of focus" so...pk punya pk itu yang dtg idea 'baju melayu'... Alhamdulillah satu lg pencapaian dan pelajaran yang aku dpt dalam fotografi.. Harap lepas ni akan ada kemajuan yang lebih baik...ermm....kalu ada remote kn bagus..mesti lg clear sbb dapat kurangkn gegar pd kamera.

Jumaat, 3 September 2010

Last Day 'Schooling' before Hari Raya..

Ada satu perasaan yang tidak sama dengan hari2 biasa... perasaan yang sgt teruja dan menggembirakan.. 'mood' juga berada pada tahap tinggi... (Aku suka perasaan mcm ni..- sbb cuma muncul sekali setahun je..) hehehe..... Semua org masuk bilik guru tersenyum lebar je.. masuk kelas pun bersemangat waja!!... pelajar2??? Ermm...depa lama dah berperasaan mcm ni..dr hari Isnin lg.. bak kata diorg "Hati kami dah ada kat rumah cikgu!" Agak2nya, masuk kat otak ke bl mengajar?? Itu adalah fenomena biasa apabila dah dekat2 cuti sekolah.

Tapi, sebelum blk bercuti kena settle kn benda2 yang patut di settle kn... kalu x hati x cukup tenang berhari raya... nanti dah bukak sekolah x le menggagau sgt....
ermm...check list:
  1. RPH dah siap..
  2. Buku Rekod dah update..
  3. Laporan Merdeka tggl print je..
  4. Meja dah kemas..
  5. Kerja rumah dah bg kat pelajar..
  6. Tiket dah print.. (Apa lg ek??)
Tak la byk kn? Tapi, ada benda yang plg penting, masih BELUM 'PACKING'!!!!....
Takpe2, mlm ni lah sume tu... (basuh baju jugak..)

Last Day Schooling is d best day everrrr!!..