Renungan bersama..

"ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan ia mengubahnya sendiri"

Khamis, 30 Disember 2010

Jalan2 cari Ilham

Bangunan Sultan Abdul Samad

Ini kunjungan kali kedua ke Bangunan Sultan Abdul Samad dengan berbekalkan kit lens D90 dengan tripod + wireless remote. (ISO 200 f22 15sec) Nasib baik sebab time ni bangunannya sangat cantik dihiasi dengan lampu2 warna warni.. maklum je lah persediaan untuk sambut tahun baru 2011. Tak sia2 singgah sini... boleh buat eksperiment dan belajar benda baru. Ermm...apa lagi yang tak kena kat gambar ni ek?? Nampak dah cantik... mcm mn dengan cahayanya... underexpose ke overexpose?? Entah le... idok le teman tahu... Sape yang terbaca post ni dan nk komen pape sila kan lah ye... mana lah tau kot2 dpt tambah baik lagi kualiti gambarnya..

Dah lama sgt tak berkunjung ke bandar metropolitan... asyik terperap je dihutan belantara. Bila dah berpeluang ni, kena lah gunakan sebaik mungkin. Entah bila lagi dapat berkunjung ke bandar2 metropolitan .. Terbukak sikit minda...blh tgk ragam manusia, pembangunan, jam, makanan, window shopping dan mcm2 lah. Jamm?? Asal x blh?? Kadang2 rindu jugak nk beratur kat jln raya ramai2, cam meriah je ..cam rombongan cik kiah pun ada!


Eh, manusia mcm2 ragam dan satu lg kena ingat manusia x kn kenal erti puas hati.. ada je keninginannya... ada org suka duk kat bandor...ada y suka duk kat kg..

Dah! Dah! dah!.... melalut plak...

p/s:- kalau sesape nk tgk gambor2 aku ambik blh le tgk kat flickr ek..
http://www.flickr.com/photos/zainab_pieces/

Rabu, 29 Disember 2010

Belum Bersedia..

Lagi 5 hari bukak sekolah...lagi 5 hari jugak akan menjalani rutin harian yang sangat tidak produktif. Ya, benar ianya tidak produktif! Dikampung juga aku kurang produktif tapi kurang2nya aku dpt cari apa yang aku nak. Kalau disana, cuma boleh memendam rasa, semuanya semacam susah. Ada2 saja halangan... Bosan!

Aku belum cukup bersedia untuk menghadapi keadaan itu. Aku cuma berharap ianya akan berjalan lancar dan menyenangkan (w/p sebenarnya tidak semudah yang disangka) Perasaan ni semacam memberontak, tapi hati ini menyatakan SABARRRR... Jadi, sabar je lah... Fikir positif. Yang sebenarnya jangan difikirkan langsung, nanti lebih melarat. Hati lebih sakit, perasaan tak tentu hala...

Ya ALLAH Ya Tuhanku, tabahkanlah hatiku untuk menghadapi semuanya... semoga tahun baru Masihi yang akan bersilih ganti memberikan harapan dan sinar baru untuk mengejar impian yang tak sudah.. Berkatilah juga hidupku Ya ALLAH, murahkanlah rezeki halalMU kepadaku Ya ALLAH.. Amin Ya Rabbal a'lamin.


Sesungguhnya aku ingin jadi yang terbaik dalam menyempurnakan pekerjaanku...kerana aku tahu pekerjaan ini adalah pekerjaan yang sangat mulia. Adakalanya terfikir untuk berhenti dari melakukan pekerjaan ini.. tapi bila difikirkan kembali..ini adalah rezeki yang diberikan ALLAH kepadaku.. Maka dengan itu, aku akan meneruskan jua perjalanan ini yang akan mengambil masa lebih kurang 30 tahun dari sekarang. (Sekali lagi, mampu ke aku bertahan???)


InsyaALLAH

Ahad, 26 Disember 2010

Aku bukan Photographer

Aku bukan dilahirkan sebagai seorang photographer.. tapi aku sedang berusaha untuk itu. Cuma sekarang apa yang pasti aku adalah seorang 'pencinta' photography.. aku betul2 mencintainya sepenuh hati. Bila melihat hasil karya seorang photographer, hati aku mulai kecut..kerana aku masih belum dapat memiliki pandangan seorang jurufoto.. Teramat jauh perjalanan yang perlu aku tempuh. Bukan senang untuk bergelar photographer/jurufoto/tukang puko gamba.. Tidak dinafikan semua orang pandai amik gambar, sbb rata2 mempunyai kamera. Tidak kiralah kamera compact, kamera telefon, semi SLR @ SLR.

Tapi bagaimana untuk mengenali seorang photographer yang sebenarnya?? Adakah melalui gadget yang digunakan, dikenali ramai, menjadi pujaan org yang baru mengenali kamera atau dari hasil karyanya yang kadang2 hasilnya biasa2 saja tapi menerima pujian ramai. Yang pasti, hasil biasa2 aku mmg x kn dpt pujian tinggi. Bukan 'mengkehendakkan' pujian, tapi mahu memperbaiki kemahiran yang ada pada diri. Sikap takbur TUHAN marah.

Aku bukan photographer...sebab aku berbekalkan dengan gadget yang tak seberapa...biasa2 je pun. Masih gunakan kit lens.. Belum mampu melakukan penambahbaikan.. Aku tidak nafikan kit lens bukan lah alasan untuk tidak boleh pergi lebih jauh. Boleh. Tapi sejauh mana??? Hanya org yang berbekalkan kits lens saja yang tahu.. dari segi, potret, landskap, street. Itu pun kalau street hanya yang biasa2 je..dilorong2 dan dikaki lima..fokus kepada bangunan, abstrak.. untuk potret street mmg x sesuai sbb x blh nk fokus jauh.. (x smpi do...x kn lah kau nk pegi menjenguk kat dpn muka org tu..) Potret mmg aku x minat.. jadi dah tambah lg kekurangan kat situ..

Insyaallah semua akan okay...cuma perlu lebih belajar, belajar, belajar.....pikir positif ...kumpul duit tambah kualiti gadget... untuk jadi photographer x kn mengambil masa sehari dua... Hampir 8 bulan usia pencintaan yang serius ngan photography... I am slow beginner.. kena phm benda sebaik mungkin, baru blh buat eksperiment sendiri.. kerja sepenuh masa aku dan LD tidak banyak membantu menyemarakkan lagi kemeriahan rasa cinta yang dipupuk.

Harap2 thn 2011 akan menberi sinar baru bagi menghangatkan lagi rasa cinta yang memuncak. (Semoga ALLAH memberkati apa yang akan aku usahakan dan melimpahkan rezekiku)

p/s:- I'M IN LOVE WITH PHOTOGRAPHY..


Baggage Claim!!

Mana beg aku?? Ermm....cuba teka aku dr mn?? Keh keh keh.. hangpa mesti terkeliru punya.. satu lagi kemudahan penumpang yang disediakan oleh MH. Baggage info ni tak silap aku baru je diletakkan kat sana sbb tempoh hari aku balik belum ada lagi. Maksud aku baru, mungkin dalam bulan 12 ni.. Tapi sebenarnya tak ramai pun yang rujuk ngan info ni sebab macam semua orang dah tahu kat mana nak ambik beg masing2. Time aku ambik gambar ni cuma sorang je yang berdiri tgk papan info beg ni... (Aku la tu..) yang lain, terus menonong je kuar cari beg! Buat2 tak nampak je...Hehehe...

Time ni aku dari Tawau ke KL. Tahun ni paling kerap kot turun naik kapal terbang....RM aku pun apa lagi terbang la sama. 5 kali... fuh! Sekali je naik Airasia yang tak berapa nk murah tu.. (Tak suka bersesak2 dan tergesa2) dan yang lainnya MAS.. (w/p MAS cuma bagi kacang je dari KL-KB, tapi aku tetap suka naik MAS! dan aku sedang berusaha mengumpul koleksi kacang masin MAS) 5 kali flight maksudnya = CNY, cuti pertengahan tahun (3 mggu y best), Raya Puasa, IPS, Semporna (Island Photo Safari) dan balik akhir tahun.. hehehe... sakit kepala aku..



Khamis, 9 September 2010

Wakaf Che Yeh



Dalam masa 4 hari kat kg, dah dua kali aku ke Wakaf Che Yeh... 1st time pegi tuk cari baju raya..tp aku tak de yang berkenan kat hati....cuma belikn baju raya tuk mak dan ayah je... nampak gayanya thn ni x de baju raya la ek,... x kesah sgt pun. Tak lah excited sangat ngan baju raya..

Kali kedua pegi dgn kakak sbb dia nk pegi cari tudung raya... satu je aku pk bila nk ke sana, parking susah!!!... orang punya lah ramai... hish!!! pening. Tempat yang crowded mmg bkn utk aku le...sakit kepala..

Kat atas tu antara gambar yang sempat diambik masa 1st time pegi...kali kedua x bawak kamera...dah lama x makan sotong bakar, teringin!! Mula2 sampai ini yang aku beli dulu... sedap...makan panas, fuh!!.. Lepas tu pekena plak air asam boi, lg lah terangkat! Hehehe...

Selasa, 7 September 2010

Satu lg pencapaian..

Rest Time

Ini adalah percubaan kali ke-49... sejujurnya mmg aku hampir give up.. penat, hampa sbb asyik tak dpt je tiap kali shoot... tambah pulak keadaan waktu tu berangin..lg lah menguji tahap kesabaran.. nak2 pulak time pose...dahaga tok sah ckp le... Tapi bl tengok hasilnya....gembira, puas hati.. alhamdulillah..syukur sesangat, akhirnya dapat jugak.. Aku kira ini satu permulaan yang baik untuk "shooting macro". Mmg nampak simple je kn?? Alah apalah sgt, cuma sekor labah2 je.... 'Tembak je lah' Mmg aku akui shot spider antara yang mudah dan simple..sbb spider tak mcm lalat, pepatung atau pun rama2 yang akan terbang kesana sini... spider selagi x kacau sarang dia, mmg dia tak lari punya.. all d time lah dia posing tuk kita tangkap gambar dia. Hehehe.... :D

Untuk dptkan gambar seperti di atas apa yang aku gunakan ialah tripod (satu kemestian) dan latar yang gelap..untuk pengetahuan...latar kat belakang tu adalah 'baju melayu' bapa aku punya.. hahaha...aku pinjam jap tuk bantu aku bt eksperiment. Baju ni adalah satu2nya barang yang aku nampak.. ISO 100, S 25 f--. kenapa f-- sbb lens yang aku guna x tunjukkan sebarang bacaan. Sbb tu lah aku gunakan 'baju melayu' tuk jdkn ia sebagai "Out of focus" (kredit to En. Sharkawi Che Din)... En. Shark yang bagitau pasal "out of focus" so...pk punya pk itu yang dtg idea 'baju melayu'... Alhamdulillah satu lg pencapaian dan pelajaran yang aku dpt dalam fotografi.. Harap lepas ni akan ada kemajuan yang lebih baik...ermm....kalu ada remote kn bagus..mesti lg clear sbb dapat kurangkn gegar pd kamera.

Jumaat, 3 September 2010

Last Day 'Schooling' before Hari Raya..

Ada satu perasaan yang tidak sama dengan hari2 biasa... perasaan yang sgt teruja dan menggembirakan.. 'mood' juga berada pada tahap tinggi... (Aku suka perasaan mcm ni..- sbb cuma muncul sekali setahun je..) hehehe..... Semua org masuk bilik guru tersenyum lebar je.. masuk kelas pun bersemangat waja!!... pelajar2??? Ermm...depa lama dah berperasaan mcm ni..dr hari Isnin lg.. bak kata diorg "Hati kami dah ada kat rumah cikgu!" Agak2nya, masuk kat otak ke bl mengajar?? Itu adalah fenomena biasa apabila dah dekat2 cuti sekolah.

Tapi, sebelum blk bercuti kena settle kn benda2 yang patut di settle kn... kalu x hati x cukup tenang berhari raya... nanti dah bukak sekolah x le menggagau sgt....
ermm...check list:
  1. RPH dah siap..
  2. Buku Rekod dah update..
  3. Laporan Merdeka tggl print je..
  4. Meja dah kemas..
  5. Kerja rumah dah bg kat pelajar..
  6. Tiket dah print.. (Apa lg ek??)
Tak la byk kn? Tapi, ada benda yang plg penting, masih BELUM 'PACKING'!!!!....
Takpe2, mlm ni lah sume tu... (basuh baju jugak..)

Last Day Schooling is d best day everrrr!!..

Ahad, 29 Ogos 2010

Menghitung Hari.

Sekarang ni kalau bukak je FB, mesti ramai yang duk menghitung hari...4 hari lah, 5 hari lah, seminggu lg lah... Ramai jugak yang duk hantar pesan kat suami/isteri...5 hari lg ye balik, kat mak&ayah...1 mggu lagi jumpa mak & ayah... ada jugk yang teringat makann kat bazar Ramadhan kat kg... ayam golek le, kebab le, akok le...mcm2 ragam.

Aku pun hitung hari gak.. (hehehe....ckp org!!) Tapi aku hitung lain... esok hari ke 20 Ramadhan. Maksudnya ada lg 10 hari... hari2 terakhir yang penuh dengan keampunan... sempat ke aku tggu smpi akhir Ramadhan dan menunaikan Solat Sunat Aidilfitri...Wallahuaklam...

Kena kejar 10 hari terakhir...tak boleh bt endah x endah je...dosa2 semalam mcm mn?? Masa ni lah nk bertaubat... Bukan bermaksud kumpulkan dosa satu tahun, pah tu tobat bulan pose... (Bl kepala dah mereng..) Insyaallah mampu...

Khamis, 26 Ogos 2010

Buku yang sesuai..

Aku masih mencari2 buku yang sesuai utk dibaca... Not much what i got.. But, "Bibliography Muhammad bin Abdullah" is d best book i ever had!!... Byk pengajaran dan nasihat yang boleh dijadikan panduan... mengetahui kisah sebenar perjuangan Rasulullah s.a.w sesuatu yang sgt menarik, membuka mata dan menerbitkan keinsafan dalam diri sebagai umat Muhammad yang kerdil... Hahahaha!!!!! baik plak aku mlm ni.. Asal ek?? Bulan mengambang ke?? Tak kisah lah mengambang ke? Kembang kuncup ke??... hehehe...

Tapi aku btl2 serius tgh cari buku tuk di baca...kalu pesan skrg sempat ke smpi mggu dpn? sebelum balik kg... (Sebenarnya aku bosan tggu flight...perjalanan amik masa yang sgt pjg, so kena bt sesuatu y berilmiah disamping shot with my lovely camera!!) Mmg aku dpt bayang kn betapa bosannya perjalanan blk kg sekiranya tanpa sebarang pengisian.. ermm.... berilmiah jugak post aku kali ni... (dah x marah2 org lg dah..)

Kat pekan kecik ni susah nk dptkn buku2 yang best...x byk pilihan. Selalu beli kat MPHonline.. senang dan cepat dan byk pilihan...walaupun sebenarnya x puas hati sbb x dpt pegang dan belek2 buku mcm kat real kedai buku!!

Dah lama tinggalkn bhan bacaan org putih...BI plak x berapa nk bagus. Ermm....byk lg kena belajar ek. So...apa buku yang sesuai utk aku???

Rabu, 25 Ogos 2010

Balik Raya..

Oh ya....thn ni aku blk rayaaaa......hehehehe... (Rindu kat mak!!) Last minit punya keputusan.. Baru kelmarin beli tiket...harganya??? Tak payah ckp le...ade ke benda murah kat dunia ni skrg?? Aku cuma berserah, tiba2 hati aku ckp...'blk, jumpa mak!!' Dan aku tahu bl blk kg, mesti byk plan dan byk tempat yang akan dituju...

List kelebihan blk kampung:
  1. Dapat salam dan beraya ngan mak n ayah.
  2. Beraya ngan adik beradik n anak buah (Duit raya mmg hbs byk punyalah- anak buah aku 27 org takat ari ni..thn dpn x tau lg!)
  3. Melawat Bazar Ramadhan (knp melawat?? Sbb aku nk pegi amik gambar!!)
  4. Shot kat wakaf che Yeh. (Sambil2 beli baju raya tuk aku, mak & ayah!!)
  5. Jumpa kawan2, melawat keluarga angkat (gathering, reunion dan mcm gather lg lah)
  6. Amik gambar kawan kawin...
  7. Blh amik shot macro byk2 kat kebun blkg umah (Stock foto)
  8. Tggu sunrise kat pantai Irama
  9. Shot laut kat Sabak/melawi/tok bali
  10. Shot sunset kat dpn rumah/bendang
  11. MESTI kunjungi gerai2 makan yang best...

Kalu ada kelebihan mesti ada kekurangannya kn...
Kekurangan balik kg:
  1. Duit BANYAK HABIS OOoo....
  2. PENAT tggu FLIGHT...
  3. TAK suka naik AIRASIA!!...
Kesimpulannya: Mmg sgt best balik kg! Tp, kenapa byk sgt planning shooting?? Errr.....

Best Shot!!


"Kuih Lopezzz..."

Aku kategorikan gambar ni adalah yang terbaik takat hari ni penah aku shot...Aku suka kaler dia, d presentation and d way it serve!! Hahahaha!!!!! (puji diri sendiri!) Bukan apa, kadang2 kena bg semangat kat diri sendiri supaya lepas ni akan dapat yang lg best!!.. Ini adalah hasil dari eksperiment yang x henti2 aku bt.... From now on, every single day is a experiment day... Eksperiment tuk fotografi!!!!... hohoho.... :D aku suka... ini jugak hasil bila selalu tgk AFC dan suka masak!!

Aku masak lopes ni bukan lah tuk eksperiment semata2, mmg tuk mknnya...tp ini dikira satu BONUS...dpt mkn dan amik gambar sekali... (Tiba2 teringin nk mkn lopes...jd, terpaksa lah bt).

Pasal gambar ni pulak, aku lbh suka shot kumbang (macro things), makanan, lanskap dan awan. Gambar org kawin ke, model ke potret ke...yang tu kureng skit, tak rasa passion tuk amik gambar!!!! Jgn ada yang terasa plak k.....Minat msg2 bezakn....bukan sume sama... i wish i will b a 'pro' in 2years... pro with bugs, foods, and landscape. Not a 'prosak'!! ;D

Ahad, 22 Ogos 2010

Berehat di Rumah saja....

Hari ini sgt lah senang sbb tidak berbuat apa2 dan tidak juga kemana2...hanya melayari internet dan menonton kartun!! Hehehe.....itu maksudnya aku sgt free... Tp, ada misi nk bt.. ermm...menyenaraikan sebanyak mungkin tips2 shooting photography. Ini yang aku suka ni...bt benda yang aku minat mmg bersemangat!! Rasa bahagia ni cuma dapat dinikmati satu hari je... hari Ahad!! Walaupun hidup aku ni bkn lah smooth sgt pun cuma bt2 x tahu je apa yang smoothnya tu... (bunyi bising masih memekak kat rumah sebelah, dari awal2 pagi dan mengganggu tidur aku.... apa yang diketuk dan digerudi pun aku x tahu...keadaan bising ni akan berterusan smpi pukul 1tghhari.. skkrg baru pukul 10.. tggu le lagi dlm 3 jam!!) Semua tu aku pekak kn telinga, dengar je Spongebob kuat2!!...

K lah nk sambung surf internet...hohohoho... :D

Selasa, 17 Ogos 2010

Puasa Hari ke-6

Menu buka pose ari ni Nasi Ayam... Dah siap masak tggu buka je.. Lg 1 jam 30minit.. hahaha.... mcm budak2!! Kira masa lg tu nk buka puasa. Hari ni ada satu kesatuan cikgu2 negeri Sabah dtg ke sekolah tuk melobi ahli... dlm duk melobi2 tu ada satu perkara yang menarik perhatian aku..
"Sekiranya cikgu2 menjadi ahli kesatuan ini kami akan cuba menyelesaikan masalah cikgu2 ngan pentadbiran, ngan ibu bapa dan lain2 lg lah.." Yang aku nk sentuhnya pasal selesaikn masalah ngan pentadbiran tu... sbb katanya lg "Ada 1 kes di Tawau....16 org cikgu2 dia nk pindah dari sekolah sbb ada masalah ngan pengetua sekolah. Dlm kes ini kami dpt cari penyelesaiannya... dan pd saya kes seperti ini tidak mungkin terjadi di sekolah cikgu2 kn?? Sbb sy percaya CIKGU BAIK2 SAJA.."

Dlm hati aku..."Done jugde d book by d cover la incik!!! Incik baru 10minit jejak kaki kat sini, jgn bt pernyataan yang x sah kebenarannya..hati2 ckp incik ye...." Tiap thn lbh daripada 20 org cikgu nk pindah dari sekolah ni... yang selebihnya tu bknnya willing dok sini tp dah x de pilihan.. So have to lah. Yang betul2 rela kat sini pun cuma 1 org je... Eh!! org no satu pun nk pindah... maklum je lah...sbb dia ada mak bapak..konon2 x mau derhaka kat kedua org tua lah kn?? Hbs y ramai2 tu x de mak bapak ke???

Btl2 penting diri sendiri!!.... x suka!! x suka!! x suka!!.....

Berbalik kpd cerita kesatuan tadi....ermmm....kalu incik dpt selesaikn masalah ni, mmg sy solute la sama u incik!! Sbb ada cikgu yang dtg bertugas x smpi 1 bulan pun dah mintak pindah! Bayangkn lah cikgu2 y dah duk bertahun kat cni... kesimpulannya aku x isi pun borang tuk jd ahli... MALAS!!...

For d 1st time aku akan isi borang pindah hujung thn ni...dpt x dpt lain kira... (Dah tau dah keputusannya, mmg x dpt pun....)

Isnin, 16 Ogos 2010

Photography @ Photographer

Ok aku nk cerita satu benda serius!! Betul2 serius.... dlm fotografi. Ada seorang kenalan yang terlibat dalam fotografi, aku kategorikn masih baru sbb blm pun masuk 10 thn. Bagi aku pengalaman sgt la penting.. ok berbalik kpd kenalan td... dia bt wedding's photography, ok lah tahniah utk dia sbb dah ada side income yang sgt menguntungkkan. Tapi aku x puas hati 1 benda je... kualiti gambar dia. Tak best!! (sori ek, aku pun masih baru tp aku x bt nanya kat org) Sejujurnya kualiti gambar sgt2 lah tidak memberangsangkan.. Bkn apa, aku kesian kat org yang kawin tu.. kawin hanya sekali je bkn berkali2... (kecuali bg jodoh y ramai lah kn??)

Perkhidmatan x setanding ngan harga. Bayar mahal2 tp gambar mcm kamera biasa2 je.. kata SLR.. bapak mahal beli dah la tukar baru, pakai D300 pulak tu.... Adui!!!... Nasihat aku la kn, kena byk belajar lg la...benda2 mcm ni bkn blh bawak main2...kalu deal ngan klien mesti bt klien btl2 puas hati.. Tapi 1 benda aku puji ttg kenalan ni....editing dia cantik.. Tp, kalu editing cantik gambar x cantik x de makne nye... Tak tahu lah kalu dia letak gambar2 y x cantik kat blog dia.. (x munasabah, sbb nanti org nk bt penilaian mcm mn??)

Kalu keadaan mcm ni timbul, mn perlu perbaik?? Photographer ke Photography??

Ahad, 15 Ogos 2010

My New Laptop Skin


I really like it!! Its cool...yeah!!

Rabu, 11 Ogos 2010

Pose!....

Selamat Berpuasa semua!!.... Pose lg kitakn??... Masih lg berpuasa di perantauan.. Dan sekali lg thn ni aku x balik raye!! Thn ketiga beraya di tempat 1st posting... Ramai y pelik sbb aku x blk kg raya, sdg kn aku masih lg bujang. So bg depa time bulang ni le senang nk kemana2... aku setuju sgt. Tp, kalu x de S double I, ($) bujang ke kawin ke x kemana jugak... hehehe....

Aku mengucapkn selamat berpuasa kpd semua muslim di dunia.. puasa kita bah!! Aku jugak nk mintak maaf ngan semua kiranya ada silap dan salah (mestilah ada kn- manusia x perfect) maafkn lah aku ye... sempena bulan baik ni... aku harap dpt bertaubat dan hapus2kn dosa2 lalu... semoga amalan aku di bulan Ramadhan akan diterima ALLAh.. Insyaallah!!

Harapan agar aku dikuatkan semangat untuk terus beramal ibadat. Amin Ya Rabbal A'lamin

Rabu, 16 Jun 2010

Cita2 dan Impian..

Setiap individu mempunyai cita2 dan impian yang tersendiri. Begitu juga aku. (Aik mcm bt karangan BM je ni...) kuikuikui!!!... Cita2 aku??? ermm...kalu time kecik2 dulu bl cikgu tanya tiap kali sesi perkenalan aku akan ckp nk jd cikgu! Tapi, ini bukan lah cita2 aku y sebenar..cuma mls nk pjg2 citer..jd ckp lah cikgu, pastu duduk! Kalu aku x ckp apa cita2 aku, nanti cikgu akan ckp aku x de wawasan hdp. Ermm...lantok aje le.. Sebenarnya kn, aku ada byk sgt cita2.

Aku nk jd polis. Nanti blh tembak2 (cam best je..). Aku jugak nk jd pelukis. Knp ek?? Sbb aku perasan y aku sgt pandai melukis!! Hakhakhak... Aku jugak pasang cita2 nk jd penulis! hahaha...sama la ni kesnye dgn pelukis td. Konon2nye nk hasilkn novel pastu jual dpt duit byk2.. selain tulis novel aku jugak akan hasilkn sajak... Dpt la berkawan ngan A. Samad Said!! Ke Makam Bonda- Lalang-lalang tinggi berdiri.. ceh.. rangkap seterusnya aku dah lupa! dan satu lg cita2 aku..nk bawak kapal terbang. Ini bkn calang2 ni... kepala sengkek, belajar x berapa nk pandai ada hati pasang cita2 nk jd pilot! Hahahaha!! Gelak kat diri sendiri. (Eh, biasala beb cita2 mesti tinggi...)

Tapi nape cita2 aku dulu bukan Doktor? Bkn jugak arkited? @pun saintis (jauh sekali).. Mungkin sbb aku dah tahu siapa diri aku kot.. tak pun pengaruh persekitaran dan jugak org tua... Last2 skali jd gak cikgu... ceh! Alhamdulillah...jd gak org. Berkat pengorbanan org tua.. Timo kasih Mok, Ayoh...

Kalu pasal impian lg hebat... impian aku nk ada motor besar. Sbb bunyi dia best! Lg satu jd perhatian org.. Vroom!! Vroom!!.. ceh..cam berlagak je.. (x blh, x blh takbur la plak..)- Aku siap lukis lg gambor motor dan tampal kat dinding! (Skrg aku dah x suka sbb kalu hujan basah! Beli moto mhl2 bl hujan cari tempat tuk berteduh.. baik le pakai keta, selamat.) Lg satu aku nk ada keta sport.. cam ferrari! Best kn kalu dpt satu.. Mcm2 lg lah... nk bina rumah besar.. siap ada court tenis & kolam renang.. halaman rumah luas.. jln masuk kiri kanan ada pokok pine..x pun pokok palm.. Rumah mesti 2 tingkat...kat atas skali ada balkoni y luas...blh bersantai. Adus!! Byk la ko punya impian.. tnh sekangkang semut pun x dak... inikn pulak nk beli rumah.. mimpi d siang hari le jawabnya..

Jumaat, 28 Mei 2010

Ikan Temenung dan Terung Bakar


Kelmarin, baru masuk hari diet yang keempat. Pagi bersarapan ngan Nestum 3 in 1 dan 3 keping biskut high fiber. Jam 11 pg mkn 1 buku roti perisa kacang merah dan mkn ptg merangkap mlm mkn ikan temenung dan terung bakar. Ermmm....harap2 menjadi le diet aku kali ni.. ptgnye pulak dlm jam 6ptg main badminton kat skolah. Bt masa ni aku masih lg berjaya elak mkn nasik!! Satu kejayaan...

Kalu x slim lg x tau dah nk bt cara mcm mn..... tu la sape suruh gemuk!! Sblm2 ni mkn x ingat masa depan (ceh! jauh plak pk...) bl dah jd mcm 3/4 dari tong dram baru susah hati... (aku susah ati ke???.........) y sebenarnya bkn aku y susah ati, tp mak aku! Aku x kesah pun ngan bdn aku ni....Tiap kali aku blk kg, benda pertama y kuar dari mulut mak aku...."Ish, GEMUKNYO!!!..." Bukan nk tny aku sehat ka dak, mcm mana perjalanan, penat ke?? nk mkn ke?? Mak. Mak. Sabor aje le...

Itu pasal mak aku, blm masuk pasal org kg aku... Tiap kali aku p kenduri ade je y pandang aku mcm x penah tgk org... (tgk. tgk. cucuk bijik mata kang!! ) Pasai apa tah depa ni..... aku pun tak phm. Salah ke bl aku gemuk?? Bkn aku y mintak jd mcm ni?? hehehehe..... (-: Selalu depa duk ckp... ishx3 gemuknyo..... Mkn apa smpi jd mcm ni?? Jawapan aku:- mkn nasik! Titik!! Lepas tu depa ckp lagiiiiii...... Aku pun mkn nasik jugak knp x gemuk pun?? Jawpan aku lg:- Mu mkn sikit, aku mkn byk sbb tu la aku Gemuk!!! (Biasanya depa puas hati bl aku jwb mcm tu....sbb depa dah x tnya soalan berikutnya. Cuma diam...)

Tapi y bestnye jd BESO ni....ramai y perasan kewujudan aku!! kehkehkeh...
Kesimpulannya- kalu hangpa nk org perasankn hangpa, mkn nasik byk2!!!

Rabu, 26 Mei 2010

Cuti Sekolah..

Cuti Skolah dah makin dekat tp aku masih dlm dilema.... Aku x tahu le nk gembira ke nk bersedih ke nk kecewa ke ataupun rasa x suka cuti. 2 3 ari sblm cuti rasa mcm best dpt bercuti sbb dah penat ngan skolah nk rht.. tp bl dah betul2 nk sampai hari cuti, hati aku dah x senang. Nape?? Aku blh jd sawan bl x de pape keja nk bt... muka 'slenger' cam org bodoh.. muka mcm laki mati pun ada..(wp aku blm kawin).. Skrg ni aku dah mula risau...apa lah aku nk bt time cuti skolah 3 minggu ni...

Nasib baik aku blk lmbt sket... sblm balik bersihkn rumah... cabut rumput kat kebun blkg umah.. tanam tembikai, kacang tnh n honey dew.. Harap2 hujan turun sekali sekala.... x de la mati pokok aku nanti, kalu x susah hati blk kg.. teringat kat pokok!!!...

Ada org ckp kat aku...eh, apa lah ko ni blk kg pun x seronok ke?? Blh jumpa mak ayah, dpt tgk wajah mak ayah tenang je rasa... Btl aku setuju sgt!! Sket pun aku x bantah... Cuba korang bayangkn..... korang tenung muka mak ayah korang 24 jam....x beralih sket pun. Apa y korang rasa dan mak ayah korang rasa... kalu aku la ni... maunye kena pelangkung ngan batang penyapu... ye x nye...masa mkn korang tgk muka depa, masa duk tgk tv, korg tgk muka depa, masa p tandas korg nk ikut sbb nk tgk muka depa..... hahahhahaha...korg blh bayang dak.. Jd, maksudnya seronok x blk kg???

Perasaan seronok blk kg plg lama pun 3 4hari je dgn syarat korg x de pape aktiviti, duk je kat rumah... Tp, kalu korg ada byk sgt aktvt sampai x cukup kaki tgn nk bt.. ha, tu namanya seronok balik kg!!! Mcm aku ni...hdp sorg2 lagi le x de aktvt, lain le ngan org y dah bpasngan.. Mcm2 aktvt depa blh bt... (ehem..ehem..ehem...) Kat umah kg tggl mak ngan ayah aku je... kalu aku blk cuti tambah sorg jd 3 kat umah tu... byk mn sgt hang larat bersembang... hari2 nk bersembang?? mak aku ada keja lain gak... mlm kul 9 mak aku dah tdo.. mak aku dah x larat...dah tua dah.. nk layan aku y bengong ni x hbs...

ermm....maksudnya kena pk lagi apa aku nk bt time cuti skolah...
SELAMAT BERCUTI SEMUA KPD CIKGU2, nikmati cuti anda. Lawatlah kedua ibu bapa anda selagi ada waktu... dgn melawat/menziarahi kedua ibu bapa anda, sebenarnya anda telah menambah markah pahala anda sendiri... Ya ALLAH Ya Tuhanku Kau rahmatilah kedua ibu bapaku, Kau peliharakn lah kesihatan dan keselamatan mereka dan Kau panjangkn lah umur mereka. Amin

Selasa, 25 Mei 2010

Menu Diet Aku....


Nak x hangpa diet sama2 aku bl tgk menu ni?.. Ni menu mkn ptg merangkap malam. Idok le aku hbs kn semua.. kate diet jd, berenti mkn sblm kenyang. 'Ikut sunnah Nabi' Nk cite resipi ape pun aku x tau.. asal msk je..
bak kata Michael Smith kat AFC (Chef at Home) - "Cooking is without recipies"
  1. Sup ayam + telur+sayur.
  2. cendawan masak lada hitam
  3. ayam perap lada hitam.

Isnin, 24 Mei 2010

Diet...

Hari ni 24 Mei 2010 sekali lg aku bercita2 tuk diet tanpa mkn nasi tuk kali ke-3. 1st time aku bt thn tuk 2 minggu, 2nd time thn tuk 6 minggu dan kali ni agak2nya thn tuk berapa minggu plak ek aku x mkn nasi?? Hrp2 menjadi lah diet aku kali ni.. Aku bknnya berat sgt pun..maksud aku bkn lah dah smpi thp OBESSSS...tp, bdn aku ni mcm bercita2 nk kearah tu je aku rasa.
Skrg berat bdn aku thp overweight!! 80kg. Tinggi aku dlm 162cm... ermmm....kalau lah aku berjaya turun smpai 55 kg. Mak woiii... meletup mak nyah.. kurus giler nok!! Berat 55 kg ni last capai mase zmn2 skolah dulu... pas p USM ermmm....sakan naik smpai 65kg!! 10 kilo beb.. apa y aku makan?? Nasik kandaq kat pelita kot..x pun kat subaidah(betul ke?? tah. ingat2 lupa)Skrg bila dah keja... naik lg smpi 80kg. Ha!! amik hang.. Sdp sgt ke mkn kat cni??? errrrrr.....haram!! langsung x sdp.
Tp, penyumbang terbesarnya ialah kengkawan aku. Sume org pandai masak. Baik laki mahupun pompuan.. sekali bt mkn2, semua menu keluaq..mn x gemuk!! Ada daging dinding, tom yam, pajeri jantung pisang, kari ikan, pizza, kek coklat jula juli bintang tiga, kerabu mangga + sotong, sambal belacan y menyengat... tu blm masuk bab pencuci mulut. hangpa habaq ja nk mkn apo sumo ado... cendol, laici kang, sago, ayaq koktel...mcm2 lg lah..
Mana blh nk diet ngan sepenuh hati?? Terlampau byk godaan....
Harap2 kali ni berjaya lah plan aku ni ye... TAPIiiii.......2 3 ari lg balik kg.. lg byk mkn y sedap2 kat ktan... adus!!! dah lama x mkn nasi kerabu ayam bakar!!!!
Godaan lg... Sabar. Sabar. Sabar. Sabar.... (blh caye ke ni??)

Ahad, 23 Mei 2010

Cuci Kasut..

Time sekolah dulu benda paling aku malas nk bt adalah cuci kasut.. Aku ni bukannye golongan2 y glamour kat skolah. Org2 kebanyakkan je.. jd kasutnya putih. Nk kena pakai kapur kasut plak nk nmpk cantik!! Disbbkn kemalasan aku ni..jd aku akan basuh kasut ari sabtu petang, esok dah nk skolah ni.. sempat ke KERING?? (ktan cuti Jmaat& Sabtu) korang pk2 la kn, sempat ke aku pakai kasut y kering, cantik berkapur putih ke skolah esok??? Sempat wei... ade caranya nk keringkn kasut cepat! Tau apa??, lepas basuh, spin jap dlm mesin basuh. (time spin bunyi mesin mmg 'hoore' gla-tung tang tung tang, nasib baik x rosak mesin basuh mak aku..) lepas dah spin aku letak kat belakang peti sejuk.. kehkehkeh... esok bangun pagi dah boleh pakai kasut y kering dan bersih + cantik (cantik ke??) korg penah bt x?? kalu korg pun penah, maksudnya korg pun pemalas mcm aku!.. tp jgn plak time ari sabtu letrik x de. Mampus!! Pakai le kasut lemau p skolah. Blm pun smpi masa balik, kasut dah mcm longkang.. itu blm bau stokin lembab. Hahaha...aku x peduli pun org ckp apa..y penting aku pakai kasut y dah di basuh!! ;)