Renungan bersama..

"ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan ia mengubahnya sendiri"

Ahad, 26 Disember 2010

Aku bukan Photographer

Aku bukan dilahirkan sebagai seorang photographer.. tapi aku sedang berusaha untuk itu. Cuma sekarang apa yang pasti aku adalah seorang 'pencinta' photography.. aku betul2 mencintainya sepenuh hati. Bila melihat hasil karya seorang photographer, hati aku mulai kecut..kerana aku masih belum dapat memiliki pandangan seorang jurufoto.. Teramat jauh perjalanan yang perlu aku tempuh. Bukan senang untuk bergelar photographer/jurufoto/tukang puko gamba.. Tidak dinafikan semua orang pandai amik gambar, sbb rata2 mempunyai kamera. Tidak kiralah kamera compact, kamera telefon, semi SLR @ SLR.

Tapi bagaimana untuk mengenali seorang photographer yang sebenarnya?? Adakah melalui gadget yang digunakan, dikenali ramai, menjadi pujaan org yang baru mengenali kamera atau dari hasil karyanya yang kadang2 hasilnya biasa2 saja tapi menerima pujian ramai. Yang pasti, hasil biasa2 aku mmg x kn dpt pujian tinggi. Bukan 'mengkehendakkan' pujian, tapi mahu memperbaiki kemahiran yang ada pada diri. Sikap takbur TUHAN marah.

Aku bukan photographer...sebab aku berbekalkan dengan gadget yang tak seberapa...biasa2 je pun. Masih gunakan kit lens.. Belum mampu melakukan penambahbaikan.. Aku tidak nafikan kit lens bukan lah alasan untuk tidak boleh pergi lebih jauh. Boleh. Tapi sejauh mana??? Hanya org yang berbekalkan kits lens saja yang tahu.. dari segi, potret, landskap, street. Itu pun kalau street hanya yang biasa2 je..dilorong2 dan dikaki lima..fokus kepada bangunan, abstrak.. untuk potret street mmg x sesuai sbb x blh nk fokus jauh.. (x smpi do...x kn lah kau nk pegi menjenguk kat dpn muka org tu..) Potret mmg aku x minat.. jadi dah tambah lg kekurangan kat situ..

Insyaallah semua akan okay...cuma perlu lebih belajar, belajar, belajar.....pikir positif ...kumpul duit tambah kualiti gadget... untuk jadi photographer x kn mengambil masa sehari dua... Hampir 8 bulan usia pencintaan yang serius ngan photography... I am slow beginner.. kena phm benda sebaik mungkin, baru blh buat eksperiment sendiri.. kerja sepenuh masa aku dan LD tidak banyak membantu menyemarakkan lagi kemeriahan rasa cinta yang dipupuk.

Harap2 thn 2011 akan menberi sinar baru bagi menghangatkan lagi rasa cinta yang memuncak. (Semoga ALLAH memberkati apa yang akan aku usahakan dan melimpahkan rezekiku)

p/s:- I'M IN LOVE WITH PHOTOGRAPHY..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan