Renungan bersama..

"ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan ia mengubahnya sendiri"

Khamis, 30 Disember 2010

Jalan2 cari Ilham

Bangunan Sultan Abdul Samad

Ini kunjungan kali kedua ke Bangunan Sultan Abdul Samad dengan berbekalkan kit lens D90 dengan tripod + wireless remote. (ISO 200 f22 15sec) Nasib baik sebab time ni bangunannya sangat cantik dihiasi dengan lampu2 warna warni.. maklum je lah persediaan untuk sambut tahun baru 2011. Tak sia2 singgah sini... boleh buat eksperiment dan belajar benda baru. Ermm...apa lagi yang tak kena kat gambar ni ek?? Nampak dah cantik... mcm mn dengan cahayanya... underexpose ke overexpose?? Entah le... idok le teman tahu... Sape yang terbaca post ni dan nk komen pape sila kan lah ye... mana lah tau kot2 dpt tambah baik lagi kualiti gambarnya..

Dah lama sgt tak berkunjung ke bandar metropolitan... asyik terperap je dihutan belantara. Bila dah berpeluang ni, kena lah gunakan sebaik mungkin. Entah bila lagi dapat berkunjung ke bandar2 metropolitan .. Terbukak sikit minda...blh tgk ragam manusia, pembangunan, jam, makanan, window shopping dan mcm2 lah. Jamm?? Asal x blh?? Kadang2 rindu jugak nk beratur kat jln raya ramai2, cam meriah je ..cam rombongan cik kiah pun ada!


Eh, manusia mcm2 ragam dan satu lg kena ingat manusia x kn kenal erti puas hati.. ada je keninginannya... ada org suka duk kat bandor...ada y suka duk kat kg..

Dah! Dah! dah!.... melalut plak...

p/s:- kalau sesape nk tgk gambor2 aku ambik blh le tgk kat flickr ek..
http://www.flickr.com/photos/zainab_pieces/

Rabu, 29 Disember 2010

Belum Bersedia..

Lagi 5 hari bukak sekolah...lagi 5 hari jugak akan menjalani rutin harian yang sangat tidak produktif. Ya, benar ianya tidak produktif! Dikampung juga aku kurang produktif tapi kurang2nya aku dpt cari apa yang aku nak. Kalau disana, cuma boleh memendam rasa, semuanya semacam susah. Ada2 saja halangan... Bosan!

Aku belum cukup bersedia untuk menghadapi keadaan itu. Aku cuma berharap ianya akan berjalan lancar dan menyenangkan (w/p sebenarnya tidak semudah yang disangka) Perasaan ni semacam memberontak, tapi hati ini menyatakan SABARRRR... Jadi, sabar je lah... Fikir positif. Yang sebenarnya jangan difikirkan langsung, nanti lebih melarat. Hati lebih sakit, perasaan tak tentu hala...

Ya ALLAH Ya Tuhanku, tabahkanlah hatiku untuk menghadapi semuanya... semoga tahun baru Masihi yang akan bersilih ganti memberikan harapan dan sinar baru untuk mengejar impian yang tak sudah.. Berkatilah juga hidupku Ya ALLAH, murahkanlah rezeki halalMU kepadaku Ya ALLAH.. Amin Ya Rabbal a'lamin.


Sesungguhnya aku ingin jadi yang terbaik dalam menyempurnakan pekerjaanku...kerana aku tahu pekerjaan ini adalah pekerjaan yang sangat mulia. Adakalanya terfikir untuk berhenti dari melakukan pekerjaan ini.. tapi bila difikirkan kembali..ini adalah rezeki yang diberikan ALLAH kepadaku.. Maka dengan itu, aku akan meneruskan jua perjalanan ini yang akan mengambil masa lebih kurang 30 tahun dari sekarang. (Sekali lagi, mampu ke aku bertahan???)


InsyaALLAH

Ahad, 26 Disember 2010

Aku bukan Photographer

Aku bukan dilahirkan sebagai seorang photographer.. tapi aku sedang berusaha untuk itu. Cuma sekarang apa yang pasti aku adalah seorang 'pencinta' photography.. aku betul2 mencintainya sepenuh hati. Bila melihat hasil karya seorang photographer, hati aku mulai kecut..kerana aku masih belum dapat memiliki pandangan seorang jurufoto.. Teramat jauh perjalanan yang perlu aku tempuh. Bukan senang untuk bergelar photographer/jurufoto/tukang puko gamba.. Tidak dinafikan semua orang pandai amik gambar, sbb rata2 mempunyai kamera. Tidak kiralah kamera compact, kamera telefon, semi SLR @ SLR.

Tapi bagaimana untuk mengenali seorang photographer yang sebenarnya?? Adakah melalui gadget yang digunakan, dikenali ramai, menjadi pujaan org yang baru mengenali kamera atau dari hasil karyanya yang kadang2 hasilnya biasa2 saja tapi menerima pujian ramai. Yang pasti, hasil biasa2 aku mmg x kn dpt pujian tinggi. Bukan 'mengkehendakkan' pujian, tapi mahu memperbaiki kemahiran yang ada pada diri. Sikap takbur TUHAN marah.

Aku bukan photographer...sebab aku berbekalkan dengan gadget yang tak seberapa...biasa2 je pun. Masih gunakan kit lens.. Belum mampu melakukan penambahbaikan.. Aku tidak nafikan kit lens bukan lah alasan untuk tidak boleh pergi lebih jauh. Boleh. Tapi sejauh mana??? Hanya org yang berbekalkan kits lens saja yang tahu.. dari segi, potret, landskap, street. Itu pun kalau street hanya yang biasa2 je..dilorong2 dan dikaki lima..fokus kepada bangunan, abstrak.. untuk potret street mmg x sesuai sbb x blh nk fokus jauh.. (x smpi do...x kn lah kau nk pegi menjenguk kat dpn muka org tu..) Potret mmg aku x minat.. jadi dah tambah lg kekurangan kat situ..

Insyaallah semua akan okay...cuma perlu lebih belajar, belajar, belajar.....pikir positif ...kumpul duit tambah kualiti gadget... untuk jadi photographer x kn mengambil masa sehari dua... Hampir 8 bulan usia pencintaan yang serius ngan photography... I am slow beginner.. kena phm benda sebaik mungkin, baru blh buat eksperiment sendiri.. kerja sepenuh masa aku dan LD tidak banyak membantu menyemarakkan lagi kemeriahan rasa cinta yang dipupuk.

Harap2 thn 2011 akan menberi sinar baru bagi menghangatkan lagi rasa cinta yang memuncak. (Semoga ALLAH memberkati apa yang akan aku usahakan dan melimpahkan rezekiku)

p/s:- I'M IN LOVE WITH PHOTOGRAPHY..


Baggage Claim!!

Mana beg aku?? Ermm....cuba teka aku dr mn?? Keh keh keh.. hangpa mesti terkeliru punya.. satu lagi kemudahan penumpang yang disediakan oleh MH. Baggage info ni tak silap aku baru je diletakkan kat sana sbb tempoh hari aku balik belum ada lagi. Maksud aku baru, mungkin dalam bulan 12 ni.. Tapi sebenarnya tak ramai pun yang rujuk ngan info ni sebab macam semua orang dah tahu kat mana nak ambik beg masing2. Time aku ambik gambar ni cuma sorang je yang berdiri tgk papan info beg ni... (Aku la tu..) yang lain, terus menonong je kuar cari beg! Buat2 tak nampak je...Hehehe...

Time ni aku dari Tawau ke KL. Tahun ni paling kerap kot turun naik kapal terbang....RM aku pun apa lagi terbang la sama. 5 kali... fuh! Sekali je naik Airasia yang tak berapa nk murah tu.. (Tak suka bersesak2 dan tergesa2) dan yang lainnya MAS.. (w/p MAS cuma bagi kacang je dari KL-KB, tapi aku tetap suka naik MAS! dan aku sedang berusaha mengumpul koleksi kacang masin MAS) 5 kali flight maksudnya = CNY, cuti pertengahan tahun (3 mggu y best), Raya Puasa, IPS, Semporna (Island Photo Safari) dan balik akhir tahun.. hehehe... sakit kepala aku..