Renungan bersama..

"ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan ia mengubahnya sendiri"

Jumaat, 3 September 2010

Last Day 'Schooling' before Hari Raya..

Ada satu perasaan yang tidak sama dengan hari2 biasa... perasaan yang sgt teruja dan menggembirakan.. 'mood' juga berada pada tahap tinggi... (Aku suka perasaan mcm ni..- sbb cuma muncul sekali setahun je..) hehehe..... Semua org masuk bilik guru tersenyum lebar je.. masuk kelas pun bersemangat waja!!... pelajar2??? Ermm...depa lama dah berperasaan mcm ni..dr hari Isnin lg.. bak kata diorg "Hati kami dah ada kat rumah cikgu!" Agak2nya, masuk kat otak ke bl mengajar?? Itu adalah fenomena biasa apabila dah dekat2 cuti sekolah.

Tapi, sebelum blk bercuti kena settle kn benda2 yang patut di settle kn... kalu x hati x cukup tenang berhari raya... nanti dah bukak sekolah x le menggagau sgt....
ermm...check list:
  1. RPH dah siap..
  2. Buku Rekod dah update..
  3. Laporan Merdeka tggl print je..
  4. Meja dah kemas..
  5. Kerja rumah dah bg kat pelajar..
  6. Tiket dah print.. (Apa lg ek??)
Tak la byk kn? Tapi, ada benda yang plg penting, masih BELUM 'PACKING'!!!!....
Takpe2, mlm ni lah sume tu... (basuh baju jugak..)

Last Day Schooling is d best day everrrr!!..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan